Pages

Tahukah Kamu???

1. Kita selalu ditegur ketika sedang berangan kerana kelakuan tersebut dikatakan membuang masa dan sebagainya. Tetapi tahukah di saat kamu berangan, otak akan berkerja lebih aktif dalam merenung masalah yang sedang dialami sehingga dapat membantu otak kita menyelesaikan masalah kompleks. Jadi, tidak ada masalah untuk kamu berangan cuma janganlah asyik berangan sehingga satu kerja pun tak boleh siap.


2. Dengan hanya menggunakan sabun buku mandi, ia lebih mudah menanggalkan dakwat pen yang terpalit pada pakaian kamu.


3. Tahukan kamu air yang dimasak di atas dapur dapat mendidih dengan cepat jika dimasukkan gula ke dalamnya.


4. Sebutir kismis yang dijatuhkan ke dalam gelas berisi hampas segarnya akan bergerak naik turun dalam gelas.


5. Seekor ayam menghasilkan telur lebih besar jika bertelur pada hari siang.


6. Andai kesemua bongkah air batu -  dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sedia ada. Jika ini berlaku, sebahagian tanah besar daratan dunia akan berubah menjadi lautan.


7. Terdapat banyak spesis labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki untuk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah untuk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.


8. Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.


9. Masyarakat Mesir purba akan menuckur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.


10. Siput boleh tidur selama tiga tahun.

No comments:

Post a Comment