2. Sesuatu yang disedekahkan itu mestilah halal dan tidak mendatangkan kemudaratan.
3. Sunat bagi pemberi sedekah, menderma tidak kira sedikit atau banyak.
" Kamu tidak akan sesekali dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu mendermakan sebahagian yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan, Allah Maha Mengetahuinya." (al-Imran, ayat 92)
4. Bersedekah disertai dengan keikhlasan, bukan mengungkit atau menyakiti orang yang menerima kerana perbuatan ini boleh merosakkan amalan bersedekah.
" Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosakkanya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia tidak pulak beriman kepada Allah dan hari akhirat." (Al-Baqarah, ayat 264)
5. Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Perbuatan ini dekat lepada keikhlasan dan jauh daripada riak. Tiada gunanya bersedekah jika mahu mendapat pujian dan dikatakan pemurah serta mengharapkan ganjaran semata-mata.
6. Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambahkan lagi harta dan menjauhkan kefakiran. Sesungguhnya Allah gantikan dengan yang lebih baik.
" Katakanlah Muhammad, sesungguhnya Allah melimpahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan juga menyempitkan rezeki. Dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan mengantikannya dan Dia adalah pemberi rezeki (Saba, ayat 39)
7. Sedekah membersihkan harta dan menyucikan hati. Bersedekah membersihkan dan menyucikan jiwa. Sebenarnya sedekah bukan saja berbentuk kebendaan. Bagi yang tidak mampu atau tiada harta, berilah sumbangan dalam bentuk doa dan usaha. Usaha ini termasuklah menjadi sukarelawan, memberi idea, ikhtiar dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment