Pages


Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan 


banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].
 




Coret-Coret

Rasulullah SAW telah bersabda : ” Ada 3 perkara sekiranya terdapat pada diri seseorang ia akan menikmati kelazatan Iman :

1- Apabila Allah SWT dan Rasulullah SAW adalah lebih berharga kepadanya dari segala sesuatu yang ada di dunia ini.

2- Apabila dia mengasihi seseorang di atas dasar untuk memperolehi keredhaan Allah SWT semata-mata.

3- Dia sangat takut untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia takut untuk dicampak kedalam api neraka.”

Kitab Fadhail Amal. Bab Kisah Para Sahabat. M/S : 272.

Puasa 2


Puasa Wajib



  1. puasa Ramadhan @ qada kerananya
  2. puasa kifarah (denda) bagi orang yang berkata kepada isterinya "BELAKANG AWAK SEPERTI BELAKANG EMAK SAYA" dan seumpamanya
  3. puasa kifarah bagi orang yang membunuh
  4. puasa kifarah bagi orang yang bersetubuh pada siang hari Ramadhan
  5. puasa kifarah kerana bersumpah
  6. puasa ganti Dam Haji Tamattu' bagi orang yang menunaikan fardhu haji
  7. puasa ganti daripada Dam Haji sahaja
  8. puasa ganti daripada mengeluarkan fidyah
  9. puasa sebab luput Nusuk (mnegerjakan ibadah haji)




Puasa Sunat



  1. isnin dan khamis tiap-tiap minggu
  2. 9 Dzulhijjah (jemaah haji sedang waqaf di Arafah)
  3. 9 Muharram (Tasyua)
  4. 10 Muharram (Asyura)
  5. 13, 14 & 15 tiap-tiap bulan Islam kecuali 13 Dzulhijjah (hari Tasyriq)
  6. 27, 28, 29 & 30 tiap-tiap bulan Islam
  7. 6 hari pada Syawal (afdal berturut-turut)
  8. 15 Sya'ban (Nisfu Sya'ban)
  9. 10 hari pertama Muharram
  10. Bulan Sya'ban (keseluruhan)




Puasa Makruh



  1. puasa orang yang mendapat sakit yang sangat serius
  2. puasa orang yang dalam perjalanan atau pelayaran
  3. puasa orang yang sangat tua
  4. puasa yang asalnya sunat dikerjakan oleh orang yang ada menanggung puasa Qada
  5. puasa perempuan hamil
  6. puasa pada hari Jumaat
  7. puasa pada hari sabtu yang tidak dihubungkan dengan hari yang lain
  8. puasa padi hari Arafah bagi orang yang mengerjakan haji
  9. puasa sepanjang-panjang tahun (sepanjang masa)




Puasa Haram



  1. Puasa pada hari raya Aidilfitri
  2. Puasa pada hari raya Aidiladha
  3. Puasa pada hari Tasyrik (11, 12 & 13 Dzulhijjah)
  4. hari yang disyaki hari pertama Ramadhan
  5. hari-hari selepas 15 hari bulan Sya'ban (tetapi BOLEH puasa Nazar, Kifarah, Qada dan hari kebiasaannya berpuasa Sya'ban)
  6. puasa sunat bagi perempuan tanpa izin suami (noted utk diri sendiri!!)

Puasa 1




Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)


Pengertian Puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.



Hukum – Hukum Puasa                                                                                                                                                                             

  1. Wajib
  2. Sunat
  3. Makruh
  4. Haram

                                                                                                
Puasa wajib :                                                              
Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.
Puasa Sunat :                                                                                               a)  Puasa dalam bulan Sya’ban
b)  Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
c)  Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
d)  Puasa hari  Tasu’a  dan  ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
f)  Puasa pada hari Isnin & Khamis
g)  Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
h)  Puasa satu hari berbuka satu hari
i)  Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
j)  Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab



Puasa Makruh :

a)  Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
b)  Berpuasa sepanjang tahun
Puasa Haram :
a)  Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
b)  Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
c)  Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
d)  Puasa perempuan haid & Nifas
e)  Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa



Syarat-syarat Puasa

Terbahagi kepada 2 :
1)  Syarat-syarat wajib
2)  Syarat-syarat sah


Syarat wajib

a)  Islam
b)  baligh
c)  berakal
d)  berupaya(sihat)
e)  bermukim


Syarat Sah

a)  Islam
b)  Berakal
c)  Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d)  Niat



Rukun Puasa

a)  Niat
b)  Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya



Masa Puasa

Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari



Faedah Puasa

a)  Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
b)  Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
c)  Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
d)  Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
e)  Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
f)  Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
g)  Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
f)  Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia



Sunat-sunat puasa

a)  Makan Sahur serta melambatkannya
b)  Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
c)  Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d)  Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
e)  Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f)  Membaca Al-Quran
g)  Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan



Perkara makruh ketika berpuasa

 a)  Berbekam
b)  Mengeluarkan darah
c)  Berkucup
d)  Merasa makanan
e)  Bersugi selepas gelincir matahari
f)  Mencium wangian



Perkara yang membatalkan puasa

 a)  Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b)  Makan dan minum sepanjang hari
c)  Muntah dengan sengaja
d)  Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e)  Keluar darah haid & nifas
f)  Gila
g)  Pitam atau mabuk sepanjang hari
h)  Murtad



Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa

a)  Musafir
b)  Sakit
c)  Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
d)  Tua



Keistimewaan Bulan Ramadhan

a)  Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
b)  Allah merahmati orang yang mengimaninya
c)  Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
d)  Iblis dipenjarakan
e)  Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
f)  Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan. 



Menghormati Bulan Ramadhan

a)  Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
b)  Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.



Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan

1)  Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :
                                                                                               
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .
                                                                                               
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

2)  Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .
                                                                                               
Ertinya :  Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.

Doa Ketika Berbuka Puasa
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.


Qada’ Puasa Ramadhan
Ialah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadhan diatas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara’


Hukum Qada’ Puasa Ramadhan
Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran
Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)     
 
Waktu Qada’ Puasa Ramadhan
-  Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.
-  Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.


Kifarah Puasa
Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal.
Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :
1)  Membebaskan seorang hamba yang beriman
2)  Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya  berpuasa 2 bulan berturut-turut
3)  Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.


Fidyah
Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.


Hukum Fidyah
Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.  (Surah Al-Baqarah Ayat 184)          


                                           
Sebab-sebab wajib Fidyah
1)  Tidak mampu melakukan ibadah puasa
2)  Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
3)  Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu
4) Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.

*kredit to  http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/puasa.htm *

Ganti puasa

bliggi tau, puasa aritu aku tak puasa sebulan..bukan sengaja tau!tapi aku tengah dalam nifas lagi time tu..tu yg tak puasa sebulan tuh..sekarang ni tnegah merangkak-rangkak balik nak ganti.. 30 days tu beb!uhuhuhu..pingsan kot! tapi insyaAllah tak..ehehehe..nnt aku sharekan eh pasal puasa2 ni yg info dia aku amek dari bukulaaa, dari blog oranglaaa, just utk peringatan diri sendiri yang sentiasa alpa dan cuba untuk menjadi hamba Allah yang baik..

Perkara yang patut diamalkan

Perkara yang patut kita amalkan dalam kehidupan kita :)



  1. dirikan solat dan banyakkan berdoa. ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. semasa berdoa, turut katakan "Ya ALLAH, jadikan hatiku bersih"
  2. selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W yang paling minimum 100 kali sebelum tidur
  3. selalu solat taubat
  4. membaca Al-Quran. sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3 kali
  5. bermaaf-maafan sesama rakan setiap hari. kemaafan yang diphon mestilah ikhlas
  6. bisik kepada diri sendiri perkara yang positive berulang kali. jangan sesekali berkata yang negative kepada diri sendiri
  7. muhasabah diri sebelum tidur
  8. berpuasa selalu
  9. ingat kematian
  10. kekalkan wudhu
  11. bersedekah
  12. belanja orang lain makan
  13. jaga makan
  14. berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
  15. berkawan dengan ulama
  16. pesan pada diri jadi orang baik
  17. jaga pancaindera dan jangan selalu mengumpat

6 Perkara

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan 6 PERKARA



  1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat
  2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya dalam maksiat
  3. Allah S.W.T telah menyembunyikan Nama-Nya Yang Maha Agung di dalam Al-Quran
  4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan
  5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang 5 waktu)
  6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari



kampung boy




ni sally yg ajar ana ttg bentuk2 ni..tertarik pulak dengan ajaran dia..ehehehe


SEGI SAMA ADA 4, SEGI TIGA ADA 3, TAPI BULATAN SANGAT BULAT


tak ingat dah pantun dia mcm mana..ehehehehe..rugikaaann..

12 tanda sudah jatuh cinta!


  1. kamu akan membaca sms si dia berkali-kali
  2. kamu berjalan dengan sangat perlahan ketika bersama si dia
  3. kamu mula berasa malu ketika bertentang mata dengan si dia
  4. jantung kamu berdenyut dengan laju sekali apabila memikirkan tentang si dia
  5. kamu mula tersenyum sendirian terutama apabila sedang mendengar dia bercakap
  6. kamu seakan-akan tidak perasan ada orang disekeliling kamu kerana asyik memandang si dia
  7. kamu sudah mendengar lagu-lagu cinta yang berentak romantik & perlahan
  8. dia sering berada dalam fikiran kamu walaupun kamu sedang memikirkan perkara lain
  9. kamu menjadi tidak keruan apabila tercium bau badannya
  10. kamu selalu tersenyum sendirian ketika memikirkan tentang si dia
  11. kamu sanggup melakukan apa sahaja demi si dia
  12. ketika membaca artikel ini, hanya ada seorang sahaja yang sedang bermain difikiran kamu iaitu siteruna idamanmu itu.



p/s : Correctlaaa benda ni..ehehehehe..

TIRED!!!

Bliggi!!!!im tired now!really tired!malas nak kerja dan malas semuanya!ni disebabkn terlalu kenyang! SANGAT TAK BAGUS kan! aduh bliggi!!!ngantuk ah!

26!

bliggi!!!!im sweet 26 now! now im feel like im the most beautiful mami today!

syukur Alhamdulillah at this age, i dah suami tercinta dan the most impotante is i dah ada Emtiyaz Bazli aka my little angle udak ambam!

owh tuhan..terima kasih banyak-banyak Allah!

walaupun at this age aku tak puas hati dengan my career at least in my personal life, im satisfied!semuanya mengikut yang dirancang! i've plan that yang akan kawen dalam 25 and having baby on 26!

now!!!!semuanya tercapai..Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...bersyukur sangat-sangat!


*****saje je letak gambar cmtu!biar mereng kepala bliggi tengok!ahahahaha!

penuh habuk

waaaaaaaaaaaa..bliggggiiiiiiiiiiiiiii..i miis u so much lo!berhabuk dah ye..ehehehehe..sowieeee laaa baru ada masa..uhuhuuhu..busy with life maaaa..

guess what bliggi, im a mommy now!mcm tak caye je kan!my little angle almost 3 months dah..2 months 27 days actual..ehehehe..

kali ni, kita promise gila2 akan jenguk u everyday ye bliggi..banyak tau yg kita nak update psl my little angle tu!ehehehe..

oklaaa..chow chin chau dulu ye!